Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah
Dibina pada tahun 2002 dengan keluasan 711.11m2. Bangunan ini siap dibina pada Ogos 2005.
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ini ditubuhkan pada 19 Oktober 2006 yang dahulunya dikenali sebagai Unit Kokurikulum. Merupakan peneraju dalam pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan usaha ke arah melahirkan Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang Holistik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi.