Dewan Kuliah Pusat 1-4
Dewan Kuliah Pusat terdiri dari empat blok dewan kuliah bersaiz mega yang mampu menampung sehingga 500 orang setiap satu dewan dalam satu-satu masa serta ampiteater terbuka berbentuk coliseum di tengah-tengahnya.
Bangunan Dewan Kuliah Pusat 1 dan 2 dibina pada 18 Mei 2004 dengan keluasan 789.2m2 setiap satu dan siap dibina pada tahun 2005. Manakala bangunan Dewan Kuliah Pusat 3 dan 4 dibina pada 3 April 2005 dengan keluasan 789.2m2 setiap satu dan siap dibina pada tahun 2007.
Merupakan dewan yang selesa serta dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini, ia digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta bagi penganjuran majlis rasmi, seminar dan bengkel di dalam kampus juga sewaan pihak luar.



