Dewan Tunku Canselor
Dibina pada 13 Julai 2010 dengan keluasan 13,000m2. Dewan setinggi 2 tingkat ini mula beroperasi pada tahun 2014. Berkapasti sehingga 5000 orang pada satu-satu masa.
Rekabentuknya berkonsepkan Motar Board dan Skrol Ijazah, menjadi dewan utama bagi istiadat majlis konvokesyen universiti setiap tahun. Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Tuanku Canselor USIM pada 4 jun 2015.
Dewan ini digunakan juga bagi majlis-majlis rasmi, konsert, sukan indoor, peperiksaan dan seminar dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti :
- Pentas
- Sistem Sokongan Pementasan
- Bilik-Bilik VIP
- Bilik Jamuan
- Bilik Seminar
- Bilik Operasi Majlis
- Bilik Jubah
- Bilik Operasi Wartawan
- Bilik Kawalan Dan Terjemahan