Kompleks Islam Tuanku Muhriz

Intro

Facility 360

Location

Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 4 Oktober 2017, kompleks setinggi dua tingkat dengan keluasan 6616m2 ini mempunyai ruang solat utama yang mampu menampung seramai 4000 orang jemaah, bilik pengajian, bilik pengurusan jenazah, kaunter zakat dan kemudahan-kemudahan lain.

Ciri-ciri seni bina islam pada kompleks islam ini jelas ditonjolkan pada binaan menara masjid, kubah utamanya serta ukiran pada mihrab dan ruang solat. Kewujudan Kompleks Islam Tuanku Muhriz juga adalah satu bentuk terjemahan tanggungjawab USIM sebagai sebuah universiti islam yang mendokong elemen tadbir urus, dasar dan hala tuju universiti yang bertunjangkan kepada al-quran dan as-sunnah sepanjang masa.

TOP