Canselori

Intro

Facility 360

Location

Bangunan Canselori merupakan pusat pentadbiran utama universiti, pembinaannya bermula pada 15 julai 2005 dan beroperasi sepenuhnya pada 22 Mac 2007. Berkeluasan 13,588.4m2 dan setinggi enam tingkat, bangunan ini menempatkan tiga buah jabatan utama iaitu Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari.

Rekabentuknya berkonsepkan hubungan manusia dengan Pencipta berasaskan tauhid, hubungan dengan alam (mesra alam) dan hubungan sesama manusia (mesra pelanggan). Kedudukan bangunan yang menghadap arah kiblat mencerminkan penghayatan konsep ubudiah dalam setiap rekabentuknya.

Fasiliti yang ada di bangunan Canselori antaranya :

  • Galeri Canselori di aras 1 berkapasti 60 orang
  • Dewan Senat di aras 4 berkapasti 112 orang
  • Executive Lounge di aras 6 yang berkapasiti 50 orang
TOP